Halaman

Saturday 11 February 2017

Trip to Bawean Island : Makam Sunan Drajat & Wisata Bahari Lamongan (East Java)

~~ Assalamualaikum ~~

(Wisata Bahari Lamongan/WBL)

Betapa rindu nya nak berbelog walaupun baru kelmarin update entri ๐Ÿ˜. Rasanya ni last entri untuk Trip to Bawean Island ๐Ÿ˜ฃ. Kalau nak tunggu entri baru lepas ni maybe lagi 2-3 bulan lagi tu pun kalau aku berjalan-jalan ๐Ÿ˜‚. Dalam entri ni bukan lagi di Pulau Bawean tapi kami dah berada di Jawa Timur. 


(Hotel Putra Jaya)

Di Jawa Timur kami menginap di Hotel Putra Jaya, Gresik selama tiga hari dua malam. Hotel dia pun agak selesa, ada surau. Tak mahal mana pun biasa je, kos aku tak tau sebab bukan aku yang tanggung ๐Ÿ˜. First night, kami berjalan di Alun-Alun berdekatan sini je tapi nak jalan kaki jauh sikit lah. Alun-Alun ni nama taman kalau malam ada pasar malam (of course ๐Ÿ˜œ) macam uptown jugak lah, ramai orang. Kalau kat Jawa Timur ni aku cuma cari Pentul (bebola ikan), sedap gila lain dengan kat Malaysia. Okay, kita skip yang tak penting.

(Makam Sunan Drajat)

Hari ke dua di Jawa Timur kami menuju ke Makam Sunan Drajat di Lamongan. Sunan Drajat ni macam Wali Songo. Aku tak tau nak cakap macam mana sebab aku tak tau sejarah Indonesia ๐Ÿ˜€. Bapak aku yang nak pergi sini so aku pun ikut lah baca-baca apa yang patut. Kalau kat Indonesia ni ramai orang pergi makam, tak tau lah kat Malaysia ni macam mana ๐Ÿ˜„.

(Pasar berdekatan Makam Sunan Drajat)

Kat kawasan Makam Sunan Drajat ni pun ada pasar ye. Ada jual baju lawa-lawa, souvenir, buah-buah semua ada. Kami pun belilah beberapa baju untuk kanak-kanak di Malaysia ๐Ÿ˜. Tapi nak diingatkan jugak, kat sini ramai orang-orang duduk kat tengah jalan pergi dan balik Makam Sunan Drajat ni minta derma. Sebelum masuk makam ni ada orang jual duit syiling, kita bayar 10,000 rupiah dapat 8,000 rupiah (200 rupiah syiling) so orang jual tu untung 2,000 rupiah. Sepatutnya kita derma kat tabung-tabung je tak payah kat orang-orang yang duduk tengah jalan tu sebab nanti dorang jual balik duit syiling tu, tapi kalau kau baik whatever lah kan ๐Ÿ˜†. Dah sampai penghujung kitorang tak bagi sebab duit syiling dah habis, boleh pulak dia kata kedekut. Hahaha ๐Ÿ˜†. Then lagi satu, kakak aku tengah rakam, pak cik yang mintak derma ni tutup muka pakai topi ๐Ÿ˜ณ. Haih malu ke pak, think positive, pak cik ni hensem ๐Ÿ˜ต.

(Wisata Bahari Lamongan/WBL)

Next destination is Wisata Bahari Lamongan! ๐Ÿ˜ฒ Dia punya entrance pun dah gerunkan aku belum lagi dalam dia kan. Bangunan biru ni belum lagi masuk WBL, gate theme park dia ada bangunan belakang tu. Kat dalam bangunan biru ni ada shopping, ada jual baju mandi, souvenir and macam-macamlah. Kitorang tak lama kat sini sebab mak dengan kakak sepupu tunggu luar je.

(Wristband WBL)

Harga masuk WBL 100,000 rupiah seorang. Taman tema ni besar gila, kalau tengok kat map theme park dia ada 68 permainan ๐Ÿ˜ฎ. Gila nak habiskan semua dalam satu hari. WBL ni macam Sunway Lagoon, ada scream park, extreme, amusument, water park, concert dangdut pun ada lorhh ๐Ÿ’ƒ. Kitorang kat sini masuk rumah kucing, rumah hantu, pirate ship and tomahawk. Best jugak tapi sekejap je ride dia, rumah hantu pun biasa je semua patung. Tapi okaylah, ada unta, and last masuk Texas City, ala-ala cowboy, ada rodeo macam kat Running Man ride kerbau tu tapi aku tak naik segan  ramai orang. Layan gambar-gambar WBL di bawah.

(Texas City Camp)

(apa tu?)

(Rumah Sakit ๐Ÿ˜ฑ)

Orite, habis lah sudah destinasi di Jawa Timur dan juga tamat sudah Trip to Bawean Island. Esok pagi gerak rumah sepupu relax-relax jap, petang baru gerak Juanda Airport, Surabaya, flight depart jam 9 malam, dalam 2 jam dah sampai Malaysia. Nampak tak betapa tergesa nya aku nak habiskan ๐Ÿ˜†. Okay, sampai disini sahaja entri Trip to Bawean Island. Next entri tak tau pasal apa and tak tau bila, dua tiga bulan lagi maybe. Hahaha ๐Ÿ˜‚. Ok bye ๐Ÿ‘‹

~~ Assalamualaikum ~~

Previous Part