Halaman

Thursday 9 February 2017

Trip to Bawean Island : Air Terjun Laccar & Tanjung Gaang

~~ Assamualaikum ~~


Hallo semua! 😊 Jom sambung entri ke Pulau Bawean yang masih lagi banyak tempat menarik untuk dikongsikan. Macam biasa gambar semua rembat Google 😂. Alhamdulillah sekarang banyak masa lapang nak berbelog tapi lapang jam 12 tengah malam baru lah ada. Tak apalah, sharing is caring ✌.


Nampak gambar atas tu? Google tak tipu sebab aku lah saksinya, it's in Bawean Island! 😲 Itu lah Air Terjun Laccar yang berada di Pulau Bawean. Air terjun dia tinggi bebb kalau berdiri kat bawah dia kompem patah retak tulang korang. Tinggi, angin kuat, sejuk memang kaw-kaw punya lah 😷. Tapi kaw-kaw lagi perjalanan dia lah, berbatu-batu.


Kalau nak ke sini lebih baik naik motor sebab jalan dia ngam-ngam untuk kereta. Susah kalau ada kereta lain dari arah lawan nak kena reverse lah itu lah, dan bahaya ada juga satu jalan ni yang menjadi suspek kepada banyak kereta sebab selalu kalau kereta lalu situ tayar kompem masuk longkang, tapi tak apa, itu routine 😀. Itu yang pertama, then yang kedua adalah jalan kaki ke air terjun, banyak batu, licin tapi menghiburkan sebab aku dah pernah terjatuh basah baju aku 😆. Lepas mandi, kesejukan, kitorang makan beramai-ramai sambil mengumpul kuah hujan kedalam makanan 😐. Yep, hujan time tu, balik rumah je badan agak panas, tapi aku lelaki kena kuat sebab nak pergi travel lagi.


Orite, destinasi terakhir di Pulau Bawean hari lain pulak entah bila. Yep, tu bukan Hawaii! 😛 It's Bawean Island! 😲 Tanjung Gaang (Tajung Geeng bahasa sana) terletak di Pulau Bawean. Laut biru, bersih, angin kuat betapa nyaman nya berada disana. Rugi nya kami tak mandi sebab ombak agak besar seperti di Hawaii kalau nak surfing pun boleh 🏄. Snorkeling pun boleh tapi kena booking tak tau lah nak booking mana tanya encik Google maybe ada.


Perjalanan yang amat sukar untuk dilalui selepas hujan dan menaiki motor FZ150. Kitorang pergi sana naik motor, 2 scooter 2 motor berclutch tayar besar, lepas hujan pulak tu. Nak ke sini laluan dia dalam hutan, lepas hujan kompem lecak lah kan. Tu lah dugaan kami naik motor berclutch dan bertayar besar. Memang susah kalau takda lelaki yang ikut kalau naik motor. Berkali-kali kitorang jatuh  naik motor besar dengan FZ tu. Naik turun bukit tu lagi bahaya, dah lah licin. Tapi jatuh motor kat hutan tu kitorang masih bergelak ketawa sebab seperti menghiburkan.


Paling selamat kalau nak ke Tanjung Gaang adalah naik perahu, tapi jangan pergi hujung tahun, ombak besar. Kalau naik perahu boleh snorkeling, mandi-manda dan lainnya. Tapi kalau nak naik motor pun boleh lalu dalam hutan dan aku suggest korang naik scooter dan jangan pergi lepas hujan sebab time kitorang balik, motor sepupu aku ni tak boleh jalan, lumpur tersekat kat dalam mudguard depan 😞
. Motor boleh jalan sikit-sikit je then alhamdulillah jumpa perigi, cuci apa yang patut dah keluar dari hutan tu barulah pergi carwash. Besar gila lumpur yang dia keluarkan dari dalam mudguard tu. Hahaha 😆. 


Okay, itulah pengalaman aku di Pulau Bawean! 
🙌 Betapa ruginya kalau tak berjalan kat sana. Tempat-tempat tu semua baru-baru je famous. Dulu 2011 aku pergi lawat atuk kat Pulau Bawean ni macam tak ada tempat menarik. Kat sana lepak-lepak kat kampung je tak berjalan sebab tak tau ada tempat-tempat menarik macam ni. Then dah lima tahun baru lah ramai orang upload tempat-tempat menarik kat Pulau Bawean ni 😮.

Satu lagi aku nak pesan, di Pulau Bawean tempat penginapan macam hotel, homestay tak banyak ye. Shopping Mall pun tak ada cuma baju-baju tepi jalan je ada. Bangunan-bangunan pun tak ada. Pulau Bawean lebih kepada tempat mengembara sebab banyak tempat menarik kat laut, dalam hutan, tak da nya nak main roller coast, theme park kat sini, semua tu tak ada. Hahaha 😝. Siapa yang nak ke Pulau Bawean ni kena lah hati kental sikit, lalu hutan dan sebagainya.

Orite, habis sudah destinasi di Pulau Bawean. Tapi trip masih belum habis sebab kitorang masih ada lagi tiga hari to spent in Jawa Timur pulak. Kalau nak update tentang entri baru, dipersilakan ke Facebook Akbar Sempoi atau Instagram/ Twitter @akbarsempoiblog. Terima kasih 😉 

~~ Assalamualaikum ~~

Next Part
Previous Part