Halaman

Saturday 22 September 2018

Trip to Krabi, Thailand 2018 : Departure & Day 1

~~ Assalamualaikum ~~

(Trang Andaman Gateway)

Bertemu lagi kita yaa 😆. Kan dah cakap, kompem lama punya nak tunggu entri baru. Setahun choyy baru dapat update entri. Ni pun sebab travel, kalau tak haa berhabuk la blog aku ni. Kehkehkeh 😂. Ni kan pula aku tengah belajar, hmm agak busy sikit. Okay kali ni aku nak cerita tentang first oversea trip bersama classmates. Trip ni bukan sengaja nak enjoy tapi this is ASSIGNMENT! 😱


(Maa roommm)

Orite. Date trip adalah 14 (Jumaat) hingga 16 (Ahad) September dan kami menggunakan perkhidmatan agent. Transport kami dari Hat Yai adalah bas. Bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan pukul 10 malam hari Khamis. Time dah book tiket bas tu tetiba ada class ganti. Anjat boboi 😩. Nasib baik la tiket book malam and tiada kekacauan.

Lepas habis kelas pukul 4, tidur kejap sebab pukul 6 dah kena gerak ke KTM Nilai naik shuttle asrama. Yep, kitorang tinggal kat asrama. Sampai je kat KTM Nilai, that is it, aku tak tau apa problem, kena guna kad nak naik KTM, token dah boleh pakai katanya. Beli kad KTM tu kat kaunter. Tak lama tunggu pukul 7.30 dah ada train. Lebih kurang 30 minit la naik train tu. Sampai di TBS, kami pekena nasi campur di restoran Nasi Kandar. Buat ikat perut sepanjang dalam bas. Then, pukul 10 naik bas dan bertolak.

(Terminal Bersepadu Selatan)

Pukul 5 pagi (waktu siam) sampai di imegresen Hat Yai. Bagi passport, berdiri tegak, pandang camera, smile ala siam, done. Ohh macam tu je rupa nya. Member sampai kena isi borang la kena carut bahasa siam la. Hahaha 😄. Then, naik semula bas selama satu jam perjalanan, akhirnya mendarat juga kaki ini ke bumi siam 😁. Tapi sebelum berhepi hepi, alamakk. Kitorang sebenarnya dah terlajak jauh gilaa 😫. Sepatutnya kena turun dekat Bukit Kayu Hitam barulah ikut agent. Aiyoo. Hati risau bagaikan tertusuk panah siam 😂. Turun je dari bas kat Hat Yai tu ngam2 ada kedai jual sim card. Harga sim card THB99, 7 hari unlimited data.


Apa lagi, terus la call agent tu cakap kami dah terlajak ke Hat Yai. Kena tunggu lagi, lebih kurang setengah jam sampai agent tu sampai naik van vvip 😱. Hohoho. Lawa choyy van dia. Alhamdulillah. Jumpa je dengan agent memang sporting. Pukul 9, brekpas di restoran Grand Lazeez (halal). Aku tak suka makan berat2 di pagi hari, so aku makan roti telur sahaja bertemankan one and only teh o ais limau 😝. Roti telur tu macam roti canai jugak la tapi dia punnya rasa, perghh mantap choyy. Entahlah dia guna telur apa, penyu ke dinosaur ke 😅. Harga roti telur + ice lemon tea THB55.

(Grand Lazeez Halal Restaurant)

Tiba dia Trang Andaman Gateway pukul 10 pagi. Tempat yang wajib singgah setelah jejak ke Hat Yai. Sebab apa, sebab ramai orang suruh pi sini. That is it. Hahaha 😝. Kat sini banyak yang menarik, antaranya patung gajah, tapir, orang siam, lakaran tembok bersejarah and banyak lagi. Ambil gambar family sangat ngam disini.

(Trang Andaman Gateway. Oh ye ada monyet juga sebelah tu 😂)

Dah puas bergambar tu kami berhenti di RnR Trang untuk lunch. Tapi aku still tak ada mood nak makan berat2. Just beli ayam goreng kat tepi2 tu. Harga ayam goreng 2 ketul THB20. Next spot, Gua Khao Kop yang dikatakan tempat keras 😧. Agent pun berpesan sebelum masuk, dia kata hati kena kental. So aku pun acah gentleman. Dengan action nya aku masuk. First, naik sampan masuk ke gua then jalan kaki. Dia kata jangan ambik apa2 dari dalam tu. Haa yang tu aku ikut la kan, amanah. Hahaha 😄. Lepastu entah dia cakap apa, dia suruh pi duduk kat situ. Hati risau. Rupa2 nya nak tangkap gambar ye. Dia punya english, betul2 bahasa gua 😂. Ok then, naik sampan lagi pastu dia suruh baring atas sampan sepanjang 500 meter boskuu 😨. Walawei, dia punya experience memang membuat rusuk bergetar weii. Lalu dalam gua yang sempit dan rendah. Dah baring pun lagi 0.5 cm nak kena batang hidung oii 😲. Memang hati kena kental masuk situ. Tapi memang rugi lah siapa yang tak cuba pengalaman ni. Gambar dalam gua tu tak dapat lagi dari member. Korang pi la cari kat youtube betapa sempit nya gua tu. Harga masuk Gua Khao Kop THB100.

(Credit: Encik Gugel. Crab Sculpture. Gambar kat member tak dapat lagi)

Finally arrived at Krabi. Bergambar jap dekat Crab Sculpture. Dekat sini pun padu juga kalau nak berposing sebab ada background sungai besar. Dataran dia pun luas kalau nak tangkap gambar ramai2. Akhirnya, aku lapar teruk 😭. Pukul 7 dah, mari la kita bersteamboat di Rabeab's Kitchen. Nak dikatakan sedap, hmm sama je semua steamboat. Harga sorang THB230.

(Nah tak da gmbr lgi)

Pukul 8.30 malam, disebabkan cuaca tak baik so tak dapat pi night market. So kami singgah di Fossil Beach. Kat sini ada kedai2 jual berlambak souvenir. Harga pun murah jugak. Kebanyakannya macam keychain, beg tangan kecil harga THB100 untuk 5 ketul. Wajib juga pergi sini sebab harga berpatutan. Korang masuk je tempat ni kompem terkeluar biji mata 😲. Sekejap je kitorang kat sini. Tak beli apa2 pun sebab last day nanti pun kami singgah sini.

Finally, selepas seharian berjalan kami check in pukul 9 di The Aireen Hotel. Ni hotel baru berdekatan Bida Daree Resort. Dorang ni macam satu geng la. Bida Daree punya lobby dengan swimming pool pun kami boleh guna. Feedback dari aku untuk The Aireen Hotel, terbaik!


Rehat kejap dalam bilik, pastu barulah keluar cari apa yang patut. Dan yang sepatutnya dibeli adalah plug! Malaysia dengan Thailand memang lain dia punya plug. First, kitorang cari dekat Family Mart depan tu tapi harga macam mahal je. Then, tunggu Tuk Tuk (teksi siam 😅) tepi jalan. Tanya driver tuk tuk tu suruh hantar kedai yang ada jual socket. Dia pun hantar la kami ke kedai berkenaan. Ngam2 hujan turun time naik tuk tuk tu. Tak jauh juga dia hantar pegi kedai tu dekat dengan Tesco. Harga tuktuk pergi balik THB400 sebab kalau dikira sebenarnya 4 kali jalan. Okay, cerita dia macam ni. Kitorang ada 9 orang so kitorang pun buat dua group. Lepas dia hantar satu group dia datang balik ambil lagi satu group. Hahaha 😆. Ok la tu murah. Dan akhirnya dapat juga socket yang diingini itu. Harga socket tak sampai THB100. Tapi sebenarnya kat night market bersepah orang jual. Harga pun lebih murah. Then, kitorang lepak dekat lobby pukul 12 time tu. Pekena maggi bawak dari Malaysia.

Finally, habis sudah entri untuk hari pertama. Macam tak percaya dapat habiskan satu entri dalam satu masa. Hahaha 😄. Sebelum ni payah gila nak habiskan. Okay la, jumpa lagi untuk next entri.

~~ Assalamualaikum ~~