Assalamualaikum
Macam mana puasa anda di bulan yang mulia ini? Alhamdulillah saya okay je :) Tahun-tahun sebelum ni saya puasa memang tak tahan. Bila lapar gila terus mandi then tidur. Bangun terus berbuka. Tapi sekarang dah okay. Dah terbiasa sebab tahun ni kan saya sekolah pagi, sebelum pergi sekolah saya tak sentuh makanan langsung. Kat sekolah pun makan nugget seringgit. Dah macam berpuasa. Huhuu. Balik sekolah tidur malas nak makan.
Kemudian dah masuk bulan ramadhan dah tak kisah. Ada lah rasa lapar sikit. Bila terasa tu terus cakap dalam hati "malas ar nak makan" :D hahaha. Terawih pun alhamdulillah saya rajin. Tapi ada 20 rakaat saya tak solat terawih dan 3 witir sebab iftar dengan classmate. Walaupun sehari je tapi saya rasa lain sebab 29 hari tapi 28 hari je saya datang terawih. Sehari tinggal, 300km/h jantung berdenyut.
Hari ni memang kenyang gila! Banyak hidangan walaupun makan dirumah. Ada ayam, ikan, sotong, sup and banyak lagi lah. Saya just makan ayam aje tapi 2 ketul :D Shttt. Mak masak banyak sebab akak datang rumah. So kena masak yang special sikit. Dah pukul 1 pagi pun still terasa ayam didalam perut. Hidup lagi kot. Hihihi.
Okay ini sahaja untuk hari ini. Esok last puasa. Jangan sampai terbatal pulak yee :) Ucapan hari raya tunggu hari raya nanti lha yee ;) Terima kasih dan Assalamuaalaikum.