Halaman

Thursday 15 December 2016

Trip to Bawean Island : Departure & Arrival

~~ Assalamualaikum ~~


Hai semua!! 😀 Dah lama tak jumpa. Macam mana? sihat? Okay. Hah sekarang ni aku nak cerita tentang travel aku baru2 ni. Aik, entri ke Langkawi pun tak habis lagi dah buat entri baru? Yep. Kalau nak ungkap balik pasal Langkawi sepatah haram pun aku tak ingat dah. Gambar tak ada, aku kemana hari kedua ketiga tu pun lupa, lupa macam mana nak describe tentang Langkawi, semua lupa. Sorry lah yee, maybe entri ni pun akan ku lupa. Hahaha 😝


Okay, kembali ke Trip to Bawean Island entri. Kau tau ke Bawean Island? It's a pulau in East Java, Indonesia. Pulau Bawean adalah sebuah pulau seperti Langkawi yang diduduki penduduk Boyan. Yep, yang korang selalu sebut2, yang kaum dia hensem2 belaka seperti si penulis blog ini. HAHAHA 😎 Aku ke sana dengan family aku dan dua family lagi sepupu aku. Yep, Pulau Bawean ialah kampung aku. So sekarang aku nak cerita pasal travel ye bukan pasal sepupu aku kat sana.

Rate ringgit dengan rupiah time aku kat sana MYR1 bersamaan IDR3,036.


Flight AirAsia yang aku naik berlepas jam 7 malam then mendarat bukan kat Bawean, tapi di Surabaya, Jawa Timur. Ada juga airport kat Bawean tapi tu pun flight dari Surabaya je ada. Makan maggi je kat dalam flight, bukan tak de duit tapi sebab aku duduk seat tengah, turn aku nak beli dah habis makanan dia just tinggal si keriting ni je. 😡 Nasib dah makan kepsi time kat airport. Then arrived at Juanda Airport, Surabaya. Dijemput dengan sepupu naik kereta pi homestay. Duduk satu malam je sebab esok pagi dah kena gerak pi Pulau Bawean jam 10 pagi.

Kat Jawa ni pun best juga, adalah benda2 menarik dia tapi tak dapat nak berjalan tapi tak apa, last entri insyaAllah aku cerita. Malam tu makan lah nasi goreng sepupu belanja. Then bangun subuh plan nak berjalan but cuaca tak mengizinkan, hujan 😬 Tak pe lah, nanti balik dari Bawean kita jalan2 kat Jawa ni yee.


Jam 10 dah jom gerak pi Pelabuhan Gresik. Kami ke Pulau Bawean naik ferry Express Bahari. Selama 3 jam perjalanan, duduk, makan maggi (maggi lagi), tengok screen besar dorang buka dangdut, okay kita layan kan aje. Sepanjang perjalan tiga kali makan maggi (kot), harga maggi dia IDR10,000/MYR3. Kalau nak beli tunggu dia datang then dia jerit "Pop Mie" kau angkatlah tangan. Then sampai lah di Pulau Bawean, the island of nature! Betul ke? Nanti tengok sendiri kat next entri. Yep, sampai disini sahaja. Jumpa lagi next entri sambungan Trip to Bawean Island.

~~ Assalamualaikum ~~

Next Part