Halaman

Sunday, 5 February 2017

Trip to Bawean Island : Pulai Gili Noko & Jherat Lanjheng

~~ Assalamualaikum ~~

(Credit: Google)
Bertemu lagi kita disini ๐Ÿ˜œ Entri sebelum ni macam mana? Okay? Belum baca lagi? Pi baca dulu baru syokk baca dari awal. Hihihi ๐Ÿ˜‚ Cepat betul dah February 2017. Trip aku ke Pulau Bawean bulan November tahun lepas agak-agak lama ke lepas 3 bulan baru nak buat entri ni? Tak pe kot sebab blogger yang famous-famous tu pun setahun dua baru nak buat entri (dorang famous banyak kerja, kau bar dah lah tak terkenal pun lambat buat entri, kompem pemalas ๐Ÿ˜†). 


(Credit: Google)
Sorry ye semua gambar rembat google. Aku memang tak pernah ingat pasal camera kalau tengah happy ๐Ÿ˜ค Aikk, aku search Google "Pulau Gili Noko" kenapa keluar gambar pantai Miami ni? ๐Ÿ˜ฎ Ops, betul lah ni Pulau Gili Noko yang terletak di Pulau Bawean! ๐Ÿ˜ฒ Aku kan dah jejak pantai bersih tu baru-baru ni je, aku tak tipulah. Hey reader, masukkan balik biji mata tu ๐Ÿ˜† Cantik kan? Yep memang cantik tapi ruginya aku tak mandi sebab cuaca amat panas, tengah hari pulak tu.

Kami ke sana menaiki kereta untuk ke jeti then barulah naik perahu yang boleh disumbat ribuan manusia ke dalamnya. Cehh. Ada dua jenis perahu, satu sikit satu lagi banyak, so faham-faham lah yee aku lupa berapa orang boleh muat. Harga perahu dalam 250-300 ribu rupiah satu perahu bukan kepala. Perjalanan tak sampai 10 minit. Ada dua perhentian, first stop di kawasan perkampungan, ada penyu, restaurant, toilet dan sebagainya lah sebab aku tak pergi mana-mana aku duduk dalam restoran je. Lepas beberapa jam dia bagi masa untuk kita berada di kawasan perkampungan tu barulah ke last stop, pantai biru pasir putih naik perahu lagi ๐Ÿ˜€


Kalau korang nak jalan kaki pun boleh, boleh kalau yang kuat je lah ๐Ÿ˜‚ Jauh gila engkau, dah lah panas tapi kalau kau betul-batul nak jadi traveler kau jalan kaki je lah, baru rare ๐Ÿ‘ Dan perlu diingati kalau nak ke sini ready-ready lah pakai baju lengan panjang, glove, scarf, seluar panjang, kalau boleh topeng sekali. Kau nak panas ke nak hitam? kalau nak hitam jadi lah macam aku, ber baju ketiak, seluar pendek sempoi je. Baru je jalan kat jeti naik perahu dah belang lorhh. Bukan setakat belang je, terbakar, pedih ๐Ÿ˜ง Aku suggest korang pergi petang sikit lah kalau tak nak panas. 

Dekat sana boleh bakar ikan ke ayam ke tapi ada had dia, had tempat pembakaran, entah lah macam mana. Kalau pasal first ferry and last ferry aku tak tahu pukul berapa so pandai-pandai lah contact orang dia seblum pegi. Aku tak tau apa-apa pasal ni sebab sepupu aku yang duduk sana uruskan.


Second destination is Jherat Lanjheng (Kubur Panjang). Isi dia bukan orang ye tapi disitu terletaknya darah-darah askar yang pergi berperang dulu. Percuma je masuk, tak ada apa-apa pun kat sini tapi berdekatan dengan laut. Aku ke sini naik motor sepupu. Korang kalau nak ke sini agak susah kalau tak ada orang yang kenal sebab kat Pulau Bawean ni papan tanda agak kurang jelas arah dia, so tanya-tanyalah orang-orang sana, tak apa dorang sporting lorhh ๐Ÿ˜‰

Orite, kita stop disini dulu. Banyak lagi destinasi yang korang belum tau lagi. Nantikan next entri Trip to Bawean Island. Kalau nak update tentang entri-entri baru dari blog ni, dipersilakan ke page Facebook saya ๐Ÿ˜Š

~~ Assalamualaikum ~~

Next Part
Previous Part