Halaman

Sunday 24 July 2016

3 Blogger Menarik Perhatian Aku!

~~ Assalamualaikum ~~


Buat pertama kalinya aku buat entry macam ni dan buat pertama kali nya aku update entry dua kali seminggu. Hahaha 😂. Aku harap aku akan lebih active lagi dan dapat update entry sehari sekali, kalau rajin lah. Dan entry pada kali ini ialah aku akan describe tentang tiga blogger yang aku minat iaitu Fatin Liyana, Amir hassan (Denaihati) dan Nisa Kay. Nak tahu apa yang aku describe tentang dorang? Bacalah kat bawah ni 😜.



Sebab wanita ini lah aku menjadi seorang penulis blog. Kenapa sebab dia? Sedangkan banyak lagi blog lain yang hebat-hebat belaka. Kerana dia ialah blog yang pertama aku baca suatu ketika dahulu 😀. Masa tu kakak aku tengah baca entry yang dia ke korea, aku pun tertengok, sebenarnya tak nak pun tapi apakan daya kalau yang aku nampak tu gambar makanan so, apa lagi, join sekali lah. Haha 😅. Perghh, kalau Fatin bercuti takkan punya style travel budget. Tengok harga2 makanan yang dia beli tu kalau kira semua yang dia beli, lagi mahal dari flight ticket. Hahaha. Ada ke makanan sebesar ibu jari harga cecah puluh2 ringgit? Amek kaww! Tapi aku tak puas hati tengok harga2 makanan dia. Hahaha. 


Fatin Liyana Asri yang terkenal dengan kehebatan dalam menulis blog dan kini sudah bergelar sebagai seorang "Umi". Hehehe 😝. Kenapa dia masuk dalam senarai blogger yang menarik perhatian aku? Sebab dia dah tarik perhatian aku ler. Macam mana dia boleh tarik perhatian aku? Sebab dia menghasilkan blog yang sungguh menarik. Fakta tentang dia yang aku tahu antaranya ialah jujur. Yep, Fatin Liyana adalah seorang yang jujur dalam menulis blog. Dalam blog dia, mesti ada je yang dia jujur apa yang dia tak suka, dia takut dan bagai lagi lah. Tapi cara dia jujur tu macam gempak je. Hahaha. 

Seterusnya ialah bahan orang. Hahaha 😂. Sikap dia yang ni paling aku suka. Kalau orang salah ada je yang nak dibahan then dia marah semula diri sendiri. Sporting je bila baca dia punya blog. Kalau nak tahu macam mana cara dia bahan orang, korang jenguk2 lah entry2 dia. Lagi2 entry yang dia ke korea tu, lagi lah. Hahaha. Antara banyak2 entry yang dia buat, yang paling aku suka adalah trip ke korea. Sebab dia juga lah aku tertarik kat Korea Selatan, bukan sebab kpop ye. Gaya dia buat entry memang mendalam, macam nak jeleskan orang pun ada. Sekarag ni dah tak boleh kira berapa banyak aku baca entry tu. Hahaha 😆 Okay lah, rasanya dah tak da topic untuk Doktor Jelita 😜 Maklumlah, first time desc pasal orang lain.


Amir Hassan (Denaihati)

Sebab dia lah aku pakar sikit dalam dunia blog, travel dan sebagainya. Kenapa dia? Kerana dia memberikan tips yang lebih mendalam lagi. Cara dia bagi tips tu simple, senang, mudah diingat. Aku jumpa blog Denaihati ni masa aku tengah cari travel ke europe then jumpa lah blog ni. Selang beberapa hari kemudian, aku ingin mencari tips, jumpa lagi dengan blog bro Amir ni. Sangat berguna sekali blog Denaihati jika ingin membuat rujukan.


Amir Hassan yang terkenal dengan blog nya iaitu, Denaihati, yang semakin menaik walaupun sudah naik. Hahaha 😝. Bro Amir Hassan masuk ke senarai ni sebab dia juga telah menarik perhatian aku. Macam mana dia boleh tarik perhatian aku? Sebab dia mencipta blog yang sangat berguna untuk blogger dan juga yang baru nak menjadi blogger. Kau nak tips untuk apa? Untuk boost blog kau? Nak jadi famous? Nak buat duit? Nak belajar guna SEO? Semua yang kau nak ada dalam blog dia. 

Fakta menarik tentang Amir Hassan? Aku tak tahu sebab kat blog dia aku cuma cari tips je. Hehehe 😂. Tapi tips yang dia bagi memang korang boleh buat. Tapi hebat juga blog dia, bila aku nak cari tips apa2 je kat Google mesti blog Denaihati je yang keluar. Bro Amir memey hebat. Okay, habis sudah untuk Denaihati.



Lagi satu blog yang betul2 buat aku tertarik. Gaya dia ada lah sikit macam Fatin Liyana. Aku tertarik dengan cara dia bercerita dan wajah dia. Cehhh hahaha 😅. Dah lama juga aku tahu pasal blog dia. Tahu je tapi tak baca sangat sebab banyak blog yang aku buka time tu. Aku tertarik dengan blog dia baru je hari ni. Dalam masa 1-2 jam aku habis kan kesemua 6 part entry yang dia pergi ke Korea, Amek kaww! Macam setia je. Hahaha 😆. Tapi asyik trip ke Korea je yang aku baca. Kenapa ye? Lain kali lah aku cerita. Huhuhu 😲. 


Memang gila2 lah blog dia sekarang membara di hati ku. Ciahh hahaha 😝. Macam yang aku cakap, gaya dia buat entry ada sikit yang sama dengan Fatin Liyana. Cara dia bercerita dan dia pun jujur juga. Fakta tentang Nisa Kay ialah pandai melawak dalam entry. Yep, dia lah blogger yang pertama buat aku ketawa. Hahaha 😆. Memang sangat terhibur bila baca entry dia. Tak rasa bosan dan entry dia kena dengan apa yang dia nak jelaskan. 

Pendek kata, sekarang aku memang dah betul2 suka kat blog dia, bukan owner blog, umur tak mengizinkan. Ciahh hahaha 😂. Siapa yang selalu baca entry2 Nisa ni tau lah kenapa aku letak perkataan "Pendek kata". Hahaha 😆. Ini je kot yang aku boleh desc tentang Nisa Kay. Lagipun ada lagi entry yang aku nak baca kat blog si jelita ni. Hohoho 😵 🙈. 


The end

Orite, macam mana dengan entry kali ni? Okay tak aku desc pasal orang?  Tapi kenapa tetiba je aku buat macam ni? Daripada kosong je blog aku ni, sumbat sekali lah entry ni. Hahaha 😝. Keputusan kesuluruhan blog yang terbaik bagi aku adalah Fatin Liyana!! Huuuu 👏 Okay lah, aku dah penat baru lepas kenduri terus sambung update entry ni. Terima kasih. Assalamualaikum 😊