Halaman

Thursday 21 July 2016

Kuala Lumpur Ke Singapura 90 Minit!

~~ Assalamualaikum ~~


Hai3 :) Lama tak berblog. Sekarang memang busy gila sampai trip ke Langkawi pun mampu buat yang first day je. Huhuhu. Okay, sekarang ni dengan kedatangan semula saya di blog ni adalah dengan menulis berita. Sekali-sekala, takkan asyik nak cerita pasal diri sendiri kan? bosan lah pulak. Hehehe. Tapi kenapa aku tetiba nak tulis berita pulak ni. Tak pernah2 pun sebelum ni. Hahaha. Jawapan nya sebab aku suka tengok masa depan negara! :D (Eleh bar, masa depan sendiri kau macam mana? tak kisah?)

"Apa berita yang pertama kali kau tulis ni bar?", Tengok lah tajuk tu! Tak faham ke? Orite aku jelaskan apa yang aku tau je. Tapi macam tak percaya je dengan tajuk post kali ni kan? Hahaha. Aku pun terkejut bak hang bila keluar berita ni kat tv. 

Buat masa ni dari KL ke Singapura ambil masa lebih 4 jam kalau naik kereta, yeah? Aku tak pernah jejak Singapura lagi. Mungkin pertama kali aku ke sana akan menaiki kereta api ni. Cehh hehehe. Kalau naik train lain ke sana agak2 lebih 7 jam kot sebab banyak stop. Dah sampai Singapura mesti kena tidur sana sekali, takkan lah nak balik hari yang sama. Penat ar.

Pada masa akan datang, dari Kuala Lumpur, kita boleh ke Singapura dengan hanya 90 minit masa perjalanan! "Hah, betul ke? Ke kau typo ni, bar?" Eshh kau ni, kerajaan dah penat keluar duit kau masih tak percaya? Betul lah! PM Najib Razak pun kata "Breakfast di KL, Lunch di Singapura dan balik semula ke KL untuk dinner", bukan ke tu pepatah yang sangat menggembirakan hati. Hahaha.

Dengan kelajuan 300 km sejam sepanjang 350 km iaitu dari Bandar Malaysia, KL ke Jurong East, Singapura, kita boleh melakukan banyak aktiviti di sana tanpa merisaukan kelewatan pulang ke rumah dan ia juga adalah kereta api berkelajuan tinggi yang pertama di Asia tenggara.


Ia mempunyai 7 perhentian termasuk dua perhentian di Bandar Malaysia dan Jurong East dan
  5 stesen iaitu di Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Nusajaya. Perkhidmatan kereta api , termasuk perkhidmatan tanpa henti dari Malaysia ke Singapura, yang dirancang untuk menjalankan empat kali satu jam

Pembinaan kereta api berkelajuan tinggi ini akan dimulakan pada tahun 2017 dan dianggarkan siap dibina pada tahun 2026. Lama lagi lah pulak. Tak sabar nak tengok negara Malaysia maju. Hah, lagi satu, korang tau tak Bandar Malaysia? Kalau tak tahu tu, Bandar Malaysia adalah sebuah bandar unik yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti tempat tinggal, kemudah awam seperti train dan kalau nak tahu lebih lanjut boleh lah cari di Google ya.

Dan akhir nya siap juga berita ni! Hahaha. Harap semua boleh faham apa yang aku terangkan. Yang baik datang dari Allah, yang buruk itu kelemahan saya. Terima kasih sudi baca. Assalamualaikum :)